Dasar Privasi

Kami mengambil serius terhadap privasi anda. Dokumen ini (“Dasar Privasi”) menerangkan apa, mengapa dan bagaimana Sony (Malaysia) Sdn. Bhd. (secara kolektif "Sony" atau "kami") mengumpul dan menggunakan data peribadi anda, cara kami melindunginya dan cara anda boleh menghubungi kami.

Sila baca Dasar Privasi ini dengan teliti. Dengan mengakses laman web kami, menggunakan mana-mana perkhidmatan yang telah disediakan oleh Sony, mendaftar untuk apa-apa produk dan perkhidmatan yang telah disediakan oleh Sony, menyerahkan apa-apa maklumat kepada kami, atau sebaliknya menunjukkan persetujuan anda mengenainya, anda akan dianggap telah bersetuju dan memberikan kebenaran untuk terma-terma Dasar Privasi ini.

Kami merizabkan hak untuk meminda, mengubah, menukar atau mengubah suai Dasar Privasi ini pada bila-bila masa dan tanpa notis terlebih dahulu. Apa-apa pindaan, pengubahan, perubahan atau pengubahsuaian akan dinyatakan dari semasa ke semasa di laman web kami.

1. Data Peribadi

1.1. Dalam Dasar Privasi ini, “Data Peribadi” bermaksud:-

1.1.1 Apa-apa data, sama ada benar atau palsu, yang boleh dikaitkan dengan seseorang individu yang boleh dikenal pasti secara khusus;

1.1.2 Butiran-butiran peribadi anda, termasuk butiran-butiran mengenai orang lain yang boleh dikenal pasti daripada data tersebut;

1.1.3 Kandungan-kandungan mengenai semua maklumat yang telah diperoleh daripada borang-borang keahlian dan/atau VIP dan/atau dokumen-dokumen yang telah dikumpulkan kami;

1.1.4 Maklumat lain yang tersedia untuk kami.

2. Pengumpulan Data Peribadi

Kami boleh mengumpul Data Peribadi anda dalam beberapa cara yang berbeza. Kadangkala, kami atau wakil kami yang telah diberi kuasa mungkin mengumpul Data Peribadi anda daripada sumber-sumber lain.

2.1 Maklumat yang kami mungkin kumpul terus daripada anda:

2.1.1 Setiap kali anda berinteraksi dengan Sony, anda mungkin diminta untuk membekalkan Data Peribadi anda kepada kami. Sebagai contoh:

a) Sesetengah perkhidmatan kami memerlukan anda membuka satu akaun, seperti My Sony, Sony Store Online, Sony Digital Workshop dan Alpha Universe. Semasa membuka akaun-akaun anda, kami mungkin meminta anda membekalkan pelbagai maklumat, seperti nama anda, tarikh lahir, butiran-butiran hubungan, minat-minat dan akaun serta surat berita yang digemari.

b) Apabila anda membeli, mendaftar, menghantar untuk pembaikan atau memulangkan salah satu produk-produk kami, kami mungkin merekodkan panggilan atau perbualan dan/atau meminta anda untuk membekalkan maklumat seperti butiran-butiran hubungan anda, tarikh penghantaran dan tempat pembelian serta maklumat pembayaran.

c) Apabila anda menghubungi pusat-pusat khidmat pelanggan kami untuk mendapatkan bantuan, kami mungkin menyimpan maklumat mengenai perbualan tersebut, termasuk nama anda, butiran-butiran hubungan, produk-produk yang anda telah beli, sebab anda menghubungi kami dan nasihat yang kami berikan kepada anda.

d) Apabila anda menyertai salah satu program kesetiaan kami, kami mungkin mengumpul maklumat mengenai penggunaan program kesetiaan anda dan ganjaran-ganjaran yang anda tuntut.

e) Apabila anda melawat kami di suatu acara awam, seperti pameran perdagangan atau eksibisi atau mengambil bahagian dalam salah satu tinjauan, pertandingan, cabutan hadiah atau bengkel-bengkel kami, kami boleh meminta maklumat, seperti kad perniagaan, nama, buturian-butiran hubungan, minat-minat dan kegemaran anda.

f) Apabila anda menggunakan perkhidmatan dalam talian kami, kami mungkin menerima kandungan yang anda pilih untuk muat naik, seperti ulasan-ulasan produk, komen-komen, foto-foto dan siaran-siaran forum, atau butiran-butiran minat dan kegemaran anda yang anda pilih untuk memberitahu kami, contohnya, apabila anda memilih perkhidmatan yang anda ingin terima.

g) Apabila anda mengambil dalam bahagian dalam tinjauan-tinjauan dan penyelidikan, kami mungkin meminta untuk maklumat anda, seperti alamat e-mel anda dan maklumat mengenai anda.

h) Apabila anda memohon untuk suatu jawatan kerja di Sony, kami mungkin meminta anda untuk mendapatkan maklumat seperti nama, butiran-butiran perhubungan, pendidikan dan sejarah pekerjaan anda.

i) Apabila anda menyerahkan Data Peribadi anda kepada kami atas apa-apa sebab lain.

2.1.2 Sila berhati-hati apabila menyerahkan maklumat kepada kami, khususnya apabila melengkapkan ruang-ruang teks bebas atau memuat naik dokumen-dokumen dan bahan-bahan lain. Sesetengah perkhidmatan kami adalah automatik dan kami mungkin tidak menyedari bahawa anda telah memberikan maklumat yang salah atau sensitive kepada kami secara tidak sengaja.

2.1.3 Anda tidak diwajibkan untuk membekalkan Data Peribadi. Walaubagaimanapun, jika anda tidak berbuat demikian, kami mungkin tidak dapat membekalkan anda dengan produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan kami, berkomunikasi dengan anda atau menjawab perrtanyaan-pertanyaan anda. Anda harus memastikan bahawa semua Data Peribadi yang telah diserahkan kepada kami adalah lengkap, tepat, benar dan betul kerana ia mungkin menyebabkan ketidakupayaan kami untuk membekal kepada anda produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang anda telah minta.

2.1.4 Sekiranya anda membekalkan kepada kami apa-apa Data Peribadi mengenai suatu pihak ketiga (cth., maklumat mengenai pasangan, anak, ibu bapa dan/atau pekerja anda), dengan menyerahkan Data Peribadi sedemikian kepada kami, anda merepresentasi kepada kami bahawa anda telah memperoleh persetujuan yang diperlukan daripada pihak ketiga untuk membekalkan Data Peribadi mereka kepada kami.

2.2 Maklumat yang kami mungkin kumpulkan daripada sumber-sumber lain:

2.2.1 Kami juga mungkin mengumpul Data Peribadi anda daripada sumber-sumber yang tersedia secara umum dan pihak-pihak ketiga, termasuk:

a) Apabila anda ingin membuat suatu pembelian daripada kami, kami mungkin menjalankan pemeriksaan-pemeriksaan kredit dan kewangan untuk memastikan pembayaran tidak dibuat secara fraud dan bahawa anda mempunyai suatu penarafan kredit yang sesuai.

b) Sekiranya anda membeli produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan daripada suatu Pusat Sony atau peruncit lain, kami mungkin menerima maklumat tertentu mengenai pembelian anda daripada peruncit tersebut.

c) Kami juga mungkin menerima maklumat mengenai anda daripada syarikat-syarikat kumpulan Sony lain yang berinteraksi dengan anda. Khususnya, apabila anda mehubungkan akaun-akaun anda untuk sesetengah perkhidmatan-perkhidmatan kumpulan Sony tertentu.

d) Apabila menjalankan panggilan-panggilan perjualan perniagaan, kami mungkin menggunakan butiran-butiran hubungan perniagaan yang tersedia secara umum.

e) Apabila menjalankan penyelidikan dan pembangunan, kami mungkin menggunakan maklumat mengenai anda yang tersedia secara umum.

2.3 Maklumat yang mungkin dikumpulkan oleh kami megenai rangkaian-rangkaian sosial

2.3.1 Jika anda menggunakan mana-mana aplikasi rangkaian sosial, halaman-halaman atau perkakasan-perkakasan luaran kami atau anda menggunakan salah satu produk atau perkhidmatan kami yang membenarkan interaksi dengan rangkaian-rangkaian sosial, kami mungkin menerima maklumat mengenai akaun-akaun rangkaian sosial anda. Contohnya:

a) Sekiranya anda log masuk ke dalam salah satu laman web atau perkhidmatan-perkhidmatan melalui akaun rangkaian sosial anda, kami mungkin menerima butiran-butiran asas daripada profil rangkaian sosial anda. Butiran-butiran asas yang kami terima mungkin bergantung pada tetapan-tetapan privasi akaun rangkaian sosial anda, namun, ia mungkin termasuk ID rangkaian sosial, nama, gambar profil, jantina dan lokaliti anda. Kami juga mungkin menerima maklumat tambahan daripada profil anda sekiranya anda memberikan kebenaran kepada kami untuk mengaksesnya.

b) Sekiranya anda mengklik pada butang 'like', '+1' atau 'tweet' atau butang sedemikian dalam salah satu laman-laman web atau perkhidmatan-perkhidmatan kami, kami mungkin merekodkan fakta bahawa anda telah melakukannya. Di samping itu, kandungan yang anda lihat mungkin dinyatakan pada profil atau suapan rangkaian sosial anda. Kami mungkin menerima maklumat mengenai interkasi-interaksi selanjutnya berkenaan dengan kandungan yang telah disiarkan ini (contohnya, sekiranya kenalan-kenalan anda mengklik pada suatu pautan dalam kandungan yang telah dinyatakan), yang kami mungkin kaitkan dengan butiran-butiran yang kami simpan mengenai anda.

c) Sekiranya anda 'like', '+1' atau yang sedemikian pada halaman-halaman kami pada laman rangkaian sosial, kami mungkin menerima maklumat mengenai profil rangkaian sosial anda, bergantung pada tetapan privasi akaun rangkaian sosial anda.

d) Untuk maklumat selanjutnya dan untuk butiran-butiran mengenai cara anda boleh mengawal akses kepada profil rangkaian sosial anda, anda harus melihat dasar privasi dan panduan lain yang tersedia pada laman web rangkaian sosial anda.

2.4 Maklumat yang kami mungkin kumpulkan apabila anda menggunakan laman-laman web, produk dan perkhidmatan daripada Sony

2.4.1 Sesetengah laman web kami, produk-produk yang telah diupayakan internet dan perkhidmatan-perkhidmatan dalam talian membekalkan Sony dengan maklumat mengenai penggunaannya oleh anda, termasuk:

a) Butiran-butiran kandungan yang anda lihat dan berinteraksi. Sebagai contoh, apabila anda menggunakan laman web kami, kami boleh mengumpul maklumat mengenai lawatan anda, seperti perisian pelayar anda, halaman-halaman yang anda lihat dan perkara-perkara yang anda telah 'klik' atau yang telah ditambah pada bakul beli-belah anda.

b) Log-log perkhidmatan, produk atau pelayan, yang menyimpan maklumat mengenai penggunaan perkhidmatan kami oleh anda, produk atau laman-laman web kami, seperti alamat IP anda, maklumat pelayar (termasuk rentetan ejen pengguna HTTP (HTTP user agent strings), maklumat yang diminta oleh klien HTTP dan masa serta lokasi aktiviti-aktiviti anda, domain, tetapan-tetapan peranti dan aplikasi, ralat-ralat dan aktiviti perkakasan.

c) Maklumat peranti seperti ID peranti anda dan/atau maklumat mengenai lokasi peranti anda secara fizikal. Contohnya, apabila anda menggunakan suatu perkhidmatan atau aplikasi geo-lokasi dan anda telah membenarkan lokasi anda dikongsi.

d) Minat-minat dan kegemaran-kegemaran yang telah dikhususkan oleh anda semasa penyediaan produk atau perkhidmatan yang diupayakan oleh Internet.

e) Komunikasi-komunikasi yang anda miliki dengan pusat-pusat khidmat pelanggan kami atau kakitangan Sony lain boleh dipantau dan direkodkan.

f) Secara umum, maklumat ini dikumpul melalui pengecam-pengecam digital seperti nombor sebuah peranti, kuki pelayan atau alamat IP anda. Pengecam-pengecam ini digunakan untuk membezakan maklumat yang telah dibekalkan oleh pelayan atau peranti anda daripada pelayan atau peranti pengguna lain.

g) Kami mungkin mengaitkan maklumat yang telah dikumpul dengan satu atau lebih daripada akaun anda, sekiranya, sebagai contoh anda telah dilog masuk ke dalam suatu perkhidmatan apabila maklumat tersebut dikumpul.

3. Tujuan Pengumpulan, Penggunaan dan Pendedahan Data Peribadi Anda

3.1 Secara umumnya, kami mengumpul, menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:

3.1.1 Penyediaan perkhidmatan

Apabila kami menggunakan maklumat peribadi untuk menawarkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami kepada anda, pemprosesan adalah berdasarkan perjanjian antara anda dan Sony. Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda termasuk:

a) Untuk membekalkan kepada anda suatu produk atau perkhidmatan yang telah diminta oleh anda, termasuk semakan bahawa pembayaran tidak dibuat secara frod, menghantar pembelian atau produk-produk yang telah dibaiki kepada anda atau memastikan bahawa anda memperolehi manfaat daripada apa-apa tawaran atau promosi istimewa yang berkenaan (dan memenuhi kewajipan-kewajipannya di bawah apa-apa perjanjian lain yang mungkin berkenaan dengan anda).

b) Untuk memudahkan dan memproses carian-carian dan permintaan-permintaan anda untuk memperolehi maklumat apabila anda menghubungi kami mengenai Sony dan produk-produk serta perkhidmatan-perkhidmatannya.

c) Untuk menyelesaikan aduan-aduan, bertindak balas, dan mengendalikan permintaan-permintaan dan pertanyaan-pertanyaan.

d) Untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan, waranti, pemulangan-pemulangan dan perkhidmatan-perkhidmatan selepas jualan lain.

e) Untuk mengesahkan identiti anda apabila anda menghubungi kami.

f) Untuk menyediakan perkhidmatan bantuan pembayaran kami. Apabila anda menggunakan kedai-kedai dalam talian kami, butiran-butiran mengenai apa-apa produk yang anda ingin beli dan alamat e-mel anda mungkin dikumpulkan semasa anda mengisi borang pembayaran. Sekiranya anda tidak melengkapkan pembelian anda, kami mungkin menghubungi anda berdasarkan butiran-butiran ini untuk menawarkan bantuan kami (sekiranya, contohnya, anda mengalami masalah-masalah teknikal). Ini merupakan suatu perkhidmatan pilihan. Anda boleh memilih supaya tidak menerima e-mel bantuan pembayaran kami pada bila-bila masa dengan mengikuti pautan di bahagian bawah setiap e-mel bantuan.

3.1.2 Pembangunan produk dan perkhidmatan

Kami sentiasa berusaha untuk menambah baik produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami. Kami sama ada mendasarkan pemprosesan ini kepada kepentingan-kepentingan sah kami untuk membangunkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan-keperluan pelanggan dengan lebih baik, untuk memastikan kualiti data, untuk membangunkan pengurusan identiti, dan untuk mengukuhkan keselamatan rangkaian dan maklumat, atau atas kebenaran anda terlebih dahulu. Kami mungkin menggunakan Data Peribadi untuk tujuan-tujuan pembangunan produk dan perkhidmatan seperti:

a) Untuk pelatihan kakitangan dan tujuan-tujuan jaminan kualiti, terutamanya berhubungan dengan kakitangan perhubungan pelanggan kami di pusat-pusat panggilan, e-mel dan sokongan lain kami. Sebagai contoh, kami mungkin memantau dan merakam panggilan-panggilan telefon anda dan interaksi yang melibatkan penemuan pelanggan.

b) Untuk menilai prestasi kami, mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dan menambah baik serta meningkatkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan serta keberkesanan kami, membetulkan ralat-ralat atau meminta pendapat-pendapat anda mengenai produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Sony dan menjalankan tinjauan-tinjauan produk.

c) Untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan serta analisis statistik dan aktiviti-aktiviti penyelidikan pemasaran untuk dan mencipta dan menambah baik produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Sony baharu dan sedia ada, pengesyoran-pengesyoran, iklan-iklan dan komunikasi-komunikasi lain serta mengetahui lebih lanjut mengenai pelanggan-pelanggan secara umum.

3.1.3 Pemasaran

Kami akan menggunakan Data Peribadi anda untuk menawarkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang kami percaya mungkin menarik minat anda. Produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut mungkin ditawarkan oleh kami, syarikat-syarikat berkaitan kami, rakan-rakan kongsi perniagaan kami yang lain atau pembekal-pembekal pelayar kami. Apabila anda menerima komunikasi pemasaran elektronik daripada kami, anda boleh memilih untuk tidak menerima komunikasi-komunikasi pemasaran selanjutnya dengan mengikuti arahan-arahan memilih keluar yang telah disediakan dalam komunikasi tersebut.

Apabila kami menggunakan Data Peribadi untuk tujuan-tujuan pemasaran, kami mendasarkan pemprosesan tersebut pada kepentingan-kepentingan sah kami untuk mengenali pelanggan-pelanggan kami, memastikan anda dikemas kini mengenai produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan terkini Sony, dan untuk memperibadikan pengalaman pelanggan anda, atau atas persetujuan anda terlebih dahulu, cth. untuk menghantar mesej-mesej pemasaran dan untuk memperibadikan pengalaman pelanggan anda.

Senario-senario yang kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan pemasaran termasuk:

a) Untuk membekalkan kepada anda surat-surat berita dan komunikasi-komunikasi lain melalui pos, e-mel, telefon, mesej teks (SMS), rangkaian sosial atau mesej segera sekiranya anda telah membekalkan kebenaran anda terlebih dahulu atau kami telah diberi persetujuan untuk berbuat demikian di bawah undang-undang yang berkenaan. Komunikasi-komunikasi ini mungkin termasuk, contohnya, butiran-butiran mengenai produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Sony terkini, termasuk kenaikan-kenaikan taraf dan tawaran-tawaran istimewa yang mungkin anda minati.

b) Mengendalikan cabutan-cabutan hadiah, pertandingan-pertandingan dan peganjuran tawaran-tawaran atau acara-acara promosi lain.

c) Tunjukkan kepada anda kandungan, pengesyoran dan iklan yang diperibadikan dan menyasarkan secara lebih berkesan kedai, perkhidmatan, kandungan, pengesyoran, iklan dan komunikasi Sony. Anda mungkin perhatikan pemperibadian dan penyasaran ini apabila anda menggunakan produk dan perkhidmatan Sony, apabila kami menghubungi anda dengan komunikasi pemasaran dan apabila anda memasuki laman-laman web dan perkhidmatan kami dan pihak ketiga yang memaparkan iklan daripada kami atau rakan kongsi pengiklanan kami (contohnya, anda mungkin melihat suatu iklan untuk suatu produk yang anda telah lihat sejak kebelakangan ini di salah satu laman-laman web kami). Pemperibadian dan penyasaran yang anda lihat di laman-laman web kami atau pada iklan dan komunikasi dalam talian kami mungkin menggunakan ID atau kuki anda yang telah ditetapkan oleh kami atau rakan-rakan kongsi pengiklanan pihak ketiga kami. Dalam kes-kes lain, perkhidmatan-perkhidmatan kami mungkin mempunyai tetapan-tetapan khusus untuk mengawal kandungan yang diperibadikan dan anda harus merujuk kepada dasar privasi perkhidmatan yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.

d) Cipta statistik-statistik terkumpul tanpa nama mengenai penggunaan laman-laman web, produk, perkhidmatan dan program kesetiaan kami, yang mungkin dikongsikan oleh kami dengan pihak ketiga dan/atau sediakan kepada orang ramai.

e) penggunaan ulasan-ulasan produk, komen-komen atau kandungan-kandungan yang telah dimuat naik oleh anda ke laman-laman web atau perkhidmatan-perkhidmatan kami dan telah dinyatakan secara terbuka untuk dipautkan, diterbitkan atau disiarkan di tempat lain termasuk dalam iklan-iklan kami sendiri. Setiap kali anda membuat atau membalas kepada suatu siaran atau rantaian pada suatu forum laman web daripada Sony, selain daripada penyediaan perkhidmatan forum ini, kami juga mungkin merekodkan nama forum dan masa serta tarikh siaran atau rantaian anda bersama akaun-akaun anda. Kami berbuat demikian untuk memahami dengan lebih dalam 'pengguna-pengguna biasa' forum-forum kami dan untuk memilih atau menyesuaikan komunikasi-komunikasi pemasaran kami untuk mencerminkan aktiviti forum anda. Kami tidak menggunakan kandungan siaran-siaran atau rangkaian-rangkaian forum anda untuk tujuan-tujuan tambahan.

3.1.4 Keselamatan, pencegahan fraud dan penyiasatan

a) Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda yang telah dikumpul daripada pemantauan laman-laman web, perkhidmatan-perkhidmatan dalam talian dan e-mel kami untuk tujuan-tujuan keselamatan. Kami juga mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk menganalisis, mengenal pasti dan menyelesaikan masalah, menyiasat, mengendalikan atau menyelesaikan apa-apa perkara keselamatan atau apa-apa kelemahan. Maklumat ini mungkin diserahkan kepada polis atau kepada pihak-pihak berkuasa lain yang berkenaan. Kami mendasarkan pemprosesan ini pada kepentingan-kepentingan sah kami untuk melindungi anda dan syarikat, sistem-sistem, pekerja-pekerja dan rakan-rakan kongsi kami, atau atas kewajipan undang-undang untuk bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa yang kompetan.

b) Kami mungkin menggunakan Data Peribadi untuk mencegah, mengesan dan menyiasat jenayah komersial, pertikaian atau frod, untuk menyiasat apa-apa pelanggaran dasar-dasar kami, dan untuk menjalankan audit, usaha wajar atau untuk menganalisis, mencegah dan mengurus risiko komersial Sony. Sebagai contoh, kami mungkin menggunakan maklumat anda seperti ID peranti anda untuk memastikan bahawa apa-apa baucar atau diskaun mengenai mana-mana promosi atau kempen tidak ditebus secara fraud, dan untuk semakan bahawa suatu pembayaran tidak dibuat secara fraud. Dalam kes ini, kami mengasaskan pemprosesan maklumat peribadi pada kepentingan sah kami untuk mencegah fraud dan untuk membekalkan manfaat-manfaat khusus kepada pelanggan-pelanggan kami.

c) Kami juga mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk mematuhi undang-undang, peraturan-peraturan dan perintah-perintah mahkamah yang berkenaan dan untuk mematuhi permintaan-permintaan maklumat undang-undang yang sah daripada badan-badan sedemikian. Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk menguatkuasakan atau mempertahankan hak undang-undang untuk mana-mana syarikat kumpulan Sony atau terma-terma dan syarat mana-mana produk atau perkhidmatan Sony termasuk memperolehi nasihat undang-undang dan penyelesaian pertikaian. Dalam kes ini, kami mendasarkan pemprosesan pada kewajipan undang-undang yang Sony tertakluk kepada atau atas kepentingan sah kami untuk mempertahankan hak undang-undang kami.

3.1.5 Tujuan-Tujuan Lain

a) Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan lain yang semunasabahnya berkaitan dengan tujuan-tujuan di atas.

b) Apabila anda memohon untuk suatu jawatan kerja di Sony, kami akan menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan pengambilan. Kami mendasarkan pemprosesan ini atas kebenaran.

c) Kami juga mungkin telah memaklumkan anda secara khusus mengenai tujuan-tujuan lain yang kami kumpul, gunakan atau dedahkan Data Peribadi anda. Sekiranya sedemikian, kami akan mengumpul, menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan tambahan tersebut juga, melainkan kami telah memaklumkan anda sebaliknya secara khusus.

d) Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk menguruskan operasi-operasi pentadbiran dan perniagaan Sony dan pematuhan dasar-dasar dan prosedur-prosedur dalaman. Kami mendasarkan pemprosesan ini pada kepentingan-kepentingan yang sah.

e) Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk memudahkan urus-urus niaga aset perniagaan (yang mungkin meliputi apa-apa penggabungan, pemerolehan atau penjualan aset) yang melibatkan mana-mana syarikat berkenaan atau ahli-ahli gabungan perniagaan dengan Sony. Kami mendasarkan pemprosesan ini atas kebenaran.

f) Kami mungkin memproses Data Peribadi anda dengan menggunakan kecerdasan buatan atau alat membuat keputusan automatik untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di sini. Kami tidak akan berbuat demikian sekiranya aktiviti tersebut dilarang oleh undang-undang tempatan.

g) Data Peribadi anda juga mungkin digabungkan atau dipautkan melalui suatu pengecam unik, seperti kuki, nombor akaun, alamat e-mel dan kami juga mungkin memadankan mana-mana Data Peribadi anda untuk apa-apa tujuan yang disenaraikan di sini. Ia adalah untuk kemudahan anda dan/atau kami (contohnya, untuk membolehkan anda mendaftarkan satu perkhidmatan baharu dengan lebih mudah), untuk membolehkan kami membekalkan sokongan pelanggan yang lebih lancar setiap kali anda menghubungi kami dan membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan, kandungan-kandungan, pemasaran dan iklan-iklan yang lebih baik, yang diperibadikan.

4. Pemprosesan Data Kanak-Kanak

4.1 Kami menganggap seseorang kanak-kanak sebagai sesiapa yang berumur di bawah 18 tahun. Kami tidak mencari atau mengumpul Data Peribadi daripada atau mengenai kanak-kanak dengan sengaja tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga.

4.2 Sekiranya kami menyedari bahawa Data Peribadi yang telah diserahkan kepada kami berkenaan dengan seorang kanak-kanak tanpa kebenaran seorang ibu bapa atau penjaga, kami akan menggunakan usaha-usaha yang berpatutuan untuk:

a) Memadamkan Data Peribadi tersebut daripada failnya dengan secepat mungkin.

b) Pastikan, sekiranya pemadaman adalah tidak berkemungkinan, bahawa Data Peribadi tersebut tidak digunakan dengan selanjutnya untuk apa-apa tujuan, atau pendedahan selanjutnya kepada mana-mana pihak ketiga.

c) Mana-mana ibu bapa atau penjaga yang mempunyai pertanyaan-pertanyaan mengenai pemprosesan maklumat peribadi kami mengenai anak mereka harus menghubungi kami menggunakan butiran-butiran yang dibekalkan pada hujung Polisi Privasi ini.

5. Pengekalan Data Peribadi anda

5.1 Kami hanya akan mengekalkan Data Peribadi anda selama yang diperlukan secara musnasabah untuk pelbagai tujuan yang ditetapkan dalam Dasar Privasi ini atau untuk mematuhi mana-mana undang-undang dan peraturan-peraturuan yang berkenaan dengan pengekalan mandatori jenis-jenis maklumat tertentu.

6. Pendedahan dan Pemindahan Data Peribadi

6.1 Tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang berkenaan, kami boleh mendedahkan atau memindahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak berikut untuk tujuan-tujuan yang disenaraikan di atas:

a) Syarikat-syarikat atau ahli-ahli gabungan Sony yang berkenaan dan pekerja-pekerja mereka untuk membekalkan kandungan, produk dan perkhidmatan kepada anda atau Sony.

b) ejen, kontraktor atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan kepada Sony.

c) kedai-kedai komersial dan peruncit-peruncit mengenai pembekalan ganjaran-ganjaran kepada Sony.

d) mana-mana rakan kongsi perniagaan, pelabur, penerima serah hak atau penerima pindahan (semasa atau bakal) untuk memudahkan urus niaga aset perniagaan (yang mungkin meliputi mana-mana penggabungan, pemerolehan atau penjualan aset) yang melibatkan mana-mana syarikat atau ahli-ahli gabungan Sony yang berkenaan.

e) penasihat-penasihat profesional kami seperti juruaudit, penasihat kewangan dan peguam.

f) pengawal selia kerajaan yang berkenaan, lembaga statutori atau pihak berkuasa atau agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mematuhi apa-apa undang-undang, peraturan, regulasasi dan atau skim yang telah ditetapkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan.

g) mana-mana pihak lain yang anda telah memberi kuasa secara khusus kepada kami untuk mendedahkan Data Peribadi anda.

6.2 Sebahagian daripada penerima-penerima mungkin berada di luar Malaysia seperti Jepun, Singapura, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Amerika Syarikat, India dan China. Kami menggunakan pelbagai mekanisme undang-undang, termasuk perjanjian-perjanjian perkongsian data, untuk memastikan tahap perlindungan Data Peribadi anda yang mencukupi. Adalah dianggap bahawa anda membenarkan dan bersetuju dengan pemindahan Data Peribadi anda ke luar Malaysia oleh Sony untuk apa-apa tujuan seperti yang disenaraikan di atas. Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan atau kebimbangan, sila hubungi kami menggunakan butiran-butiran yang telah dibekalkan pada hujung Dasar Privasi ini.

7. Langkah-langkah keselamatan

7.1 Kami mengambil langkah-langkah teknikal, fizikal dan pentadbiran yang sesuai dan berpatutuan dari segi komersil untuk melindungi Data Peribadi anda daripada penyalahgunaan atau kemusnahan, kehilangan, pengubahan, pendedahan, pemerolehan atau akses secara tidak sengaja, menyalahi undang-undang atau tanpa kebenaran berdasarkan undang-undang yang berkenaan. Proses-proses dan sistem-sistem ini termasuk:

a) Pengehad akses kepada maklumat dan menggunakan identiti dan teknologi-teknologi pengurusan akses untuk mengawal akses kepada sistem-sistem di mana maklumat adalah diproses dan disimpan.

b) Penyediaan perlindungan-perlindungan fizikal, elektronik dan prosedur selaras dengan standard-standard industri.

c) Mewajibkan semua pekerja untuk melengkapkan latihan mengenai keselamatan maklumat.

d) Pemantauan dan menyemak secara kerap amalan kami terhadap dasar-dasar kami sendiri dan terhadap amalan terbaik industri.

8. Kuki, suar web dan skrip tertanam

8.1 Untuk menambah baik perkhidmatan-perkhidmatan kami kepada anda, kadangkala kami menggunakan peranti-peranti penjejakan automatik seperti "kuki". Kuki merupakan sejumlah data yang kecil yang dihantar oleh pelayan laman web kami kepada pelayan laman web anda apabila anda memasuki bahagian tertentu laman web kami dan penggunaannya bertujuan untuk membantu pemahaman kami mengenai minat anda terhadap laman web kami. Kami mungkin menggunakan kuki-kuki untuk memperibadikan kandungan, cadangan, iklan dan komunikasi yang dihantar kepada anda supaya mereka adalah lebih relevan kepada anda dan minat anda. Sebagai contoh, anda mungkin melihat iklan untuk suatu produk yang anda telah lihat baru-baru ini di laman web kami. Sila ambil perhatian bahawa kuki-kuki tidak mengenal pasti pengguna-pengguna secara khusus walaupun mereka mengenal pasti pelayan seseorang pengguna. Anda sentiasa boleh memilih untuk melarang kuki-kuki daripada disimpan pada komputer anda dengan menukar tetapan-tetapan pelayan anda.

Walaubagaimanapun pelarangan kuki boleh mengakibatkan pengalaman terhad kefungsian-kefungsian dan perkhidmatan-perkhidmatan kami dan dalam sesetengah kes bermakna bahawa perkhidmatan-perkhidmatan, atau sebahagian daripada perkhidmatan tersebut, yang anda telah minta tidak boleh dibekalkan oleh kami kepada anda. Sesetengah rakan kongsi perniagaan kami yang mana kandungannya telah disertakan atau dipautkan dari laman web tersebut juga mungkin menggunakan kuki-kuki. Walaubagaimanapun, kami tidak mempunyai akses atau kawalan ke atas kuki-kuki atau laman-laman web ini.

8.2 Suatu “suar web” (web beacon) (juga dikenali sebagai teg imej, teg piksel, GIF yang jelas atau pepijat web) merupakan suatu kod kecil yang digunakan untuk mengumpul data pengiklanan, seperti mengira paparan-paparan halaman, paparan-paparan promosi atau respon-respon pengiklanan. Suar-suar web atau teknologi sedemikian boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk, tetapi tidak dihad, untuk mengira pelawat-pelawat ke dalam laman-laman web kami dan untuk memantau cara pengguna-pegguna melayari laman-laman web kami.

8.3 Suatu "Skrip tertanam" merupakan kod pengaturcaraan yang dibentuk untuk mengumpul maklumat mengenai interaksi-interaksi anda dengan laman-laman web kami, seperti pautan yang anda boleh klik. Kod tersebut dimuat turun ke peranti anda daripada pelayan kami atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga secara sementara, adalah aktif hanya semasa anda disambung kepada laman-laman web kami, dan dinyahaktifkan atau dipadamkan selepas itu.

9. Hak-Hak subjek data

9.1 Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda mempunyai hak sebagai seorang subjek data untuk:

a) meminta data anda dipadamkan atau diperbetulkan jika ia tidak tepat;

b) mengakses data anda yang diproses oleh kami dan disimpan bersama kami;

c) menghentikan mana-mana produk promosi baharu kami yang dihantar kepada anda.

d) Menarik balik kebenaran anda kepada kami untuk memproseskan data peribadi anda.

10. Hubungan

10.1 Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan, komen, kebimbangan atau permintaan untuk menarik balik kebenaran anda, membuat akses atau pembetulan-pembetulan kepada rekod-rekod Data Peribadi anda atau menggunakan mana-mana hak anda, anda boleh menghubungi kami seperti berikut:

PI_Inquiry.Somas@ap.sony.com

Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan dan/atau permintaan-permintaan anda dalam masa 21 hari.

Tidak terdapat caj untuk meminta akses kepada maklumat peribadi anda, tetapi kami mungkin memerlukan anda untuk memenuhi kos kami yang berpatutan dalam penyediakan akses kepada anda (seperti kos fotokopi atau kos untuk masa yang telah dihabiskan untuk mengumpul sejumlah besar maklumat).

10.2 Sekiranya anda menarik balik kebenaran anda untuk mana-mana atau semua penggunaan Data Peribadi anda, bergantung pada jenis permintaan anda, kami mungkin tidak dapat terus membekalan produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan tersebut kepada anda. Selain itu, terdapat sesetengah keadaan di mana kami tidak diperlukan untuk memberikan anda akses kepada maklumat peribadi anda.

Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan cara kami mengendalikan isu privasi anda, anda boleh menghubungi pihak berkuasa kerajaan.